
Alhamdulillah..akhir dapat juga aku serta rakan2(Nasir zin,Saupix,Fani,And) ketemu dengan Wazari Wazir pada sabtu yang lepas.Walaupun untuk masa singkat,perjumpaan yang bertempat di Starbuck Midvalley Megamall telah memberi sejuta pengisian informasi yang amat berguna.Sememangnya aku amat meminati hasil2 editasi foto dari beliau.Pernah berkali2 aku cuba membuat editasi seperti mana yang dihasilkan oleh beliau…tetapi hasilnya amat kurang memberansangkan.Setelah bertemu ,berdepan,berbincang dan mendapat tunjuk ajar,tip,informasi dari beliau..barulah aku faham.mengerti dan jelas bagaimanakah cara2 beliau menghasilkan editasi2 yang mantap lagi mempersonakan.Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Wazari di atas semua itu.Insya Allah,segala yang ilmu yang diperolehi akan dipergunakan sebaik2nya.Bukan untuk menjadi Wazari no.2 kerana Wazari adalah Wazari dan biarlah dalam dunia ini cuma ada seorang saja Wazari.Seperti mana juga..aku pernah mengikuti Bengkel Fotografik Kukubesi suatu ketika dulu.Bukan utk menjadi KB…tetapi apa yang aku perolehi itu adalah untuk mempertingkatkan serta memantapkan lagi ilmu editasi aku dan membina identiti aku sendiri di dalam dunia fotografi ini.
Suka aku nak berpesan2 kepada mereka yang baru hendak berjinak2 dengan editasi2 foto dan fotografik ini, sepertimana yang telah disampaikan kepada aku oleh sifoo Wazari,sifoo KB dan seorang lagi rakan seperjuangan aku Punk5Hitam …..Sebelum membuat editasi ke atas foto ,kena faham dulu sifat2 tools yang ada di dalam photoshop,jangan hafal nilai2 brightness,level,curve atau sebagaimananya..seperti yang diberikan semasa anda mengikuti sesuatu bengkel editasi.Ini adalah kerana semasa bengkel atau kelas,anda menggunakan foto yang disediakan…tetapi apabila anda melakukan foto editasi sendirian , anda menggunakan foto yang dihasilkan dari kamera anda sendiri. Cuba berekesperimentasi dgn apa yang dipelajari dan kena pastikan foto yang anda hendak editasi atau berfotografik itu adakah bersesuaian dgn sesuatu teknik. Ini adalah kerana peranan sesuatu foto itu juga penting dalam setiap foto editasi. Kena sentiasa mencuba,selalu membuat latihan dan secara peribadinya aku berpendapat jangan terlalu terikat sangat kepada apa yang dipelajari.Jadikan apa yang diperolehi semasa kelas atau bengkel itu sebagai satu kunci utk memulakan sesuatu foto editasi. Begitu juga dengan kefahaman tentang ilmu fotografi dan kemahiran mengawal eksposure kamera juga perlu dititikberatkan.Akhirnya sekali ….yang adalah amat penting,semasa hendak melakukan foto editasi atau berfotografik….apabila anda mengkapturasi sesuatu gambar,anda sudah fikirkan atau rancangkan akan apa editasi/fotografik yg hendak dilakukan ke atas gambar tersebut. Akhir sekali…Feel & Soul dalam jiwa anda juga memainkan peranan penting semasa hendak melakukan proses editasi dan fotografik ke atas sesuatu foto.

Popularity: 18% [?]




biarlah kita menjadi kita…cewahhhh..hehehhehe..nice bro..sifoo2 anda pun hebat2
marbeles & one of my favourite style of editing & still not my expertise yet:) teruskan berkarya.
huhuhuh..apa yang bro ckp tu mmg saya setuju..kena cari identiti kita sendiri..
PAsni lagi hebat la editing hang.. hehehe..
abg sham mana pic untuk weeding siti munira?out door di taman metropolitan ….besama i pengapitnya heheheheh
terima kasih kerana sudi singgah di laman hamba..
gambar2 tuan hamba pun tidak kurang hebatnya..
dian
semakin menyelah editasi bro.. well done.. aku suke.
* eh.. 2nd pix tu sapa yg shoot?
oh ya.. agreed with your entry this time…
bestnya dpt jumpe otai2..
Terima kasih sahabat, panjang lebar tulisannya, mintak maaf agak lewat untuk buat ulasan di sini, bukannya apa, masih tercari-cari apa yang ingin dikongsi. Apa yang ingin saya utarakan disini sama seperti apa yang telah disampaikan oleh saudara Deelapena, yang penting kita harus faham apa yang kita lakukan bukannya menghafal nilai brightness, level, curve, saturation dan sebagainya, sebaliknya kita kena faham apa yang kita lakukan. Menghafal seringkali menjadikan kita lupa, sebaliknya jika kita faham, insyaAllah kita akan sentiasa ingat.
Apa yang saya sharekan bersama, hanyalah “Idea” serta “Cara”, kemudian dengan kebijaksanaan masing-masing, ubahlah serta gubahlah idea serta cara tersebut untuk menjadi lebih baik lagi, jangan rasa terikat dengan “Idea” yang dipelajari tetapi bersikap terbukalah untuk meneroka ruang lingkup yang masih tersembunyi. Kepada semua peserta yang hadir dari jauh tempoh hari, hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga dapat saya ucapkan. Kesungguhan serta “Passion” saudara semua memberi saya sumber inspirasi untuk terus berkarya dan untuk terus meneroka ruang lingkup yang masih tersembunyi, hanya kunci “Kreativiti” yang mungkin mampu merungkaikannya, InsyaAllah…
aku berbangga dgn usaha korang sumua dan berbangga sebab laptop aku pi sama..err sipuu..editing meletop lanie…bila bleh berguru nie..eheh
tahniah…mantap bila otai2 utara jumpa sifoo wazari…lepas ni blh la turunkan ilmu tu kat utara plak…sukses utk hangpa semua….
bila agaknya saya dapat peluang belajar edit advance cam ni