Posts Tagged ‘Perak Wedding Photographer’

Photographer : 1st) Nasir Zin 2nd) Andz Adnan

Photographic : DeeLaPena

Popularity: 8% [?]

Special Thanks to 1st PhotoG Nasir Zain .

Popularity: 9% [?]

Popularity: 15% [?]

Rasanya masih tidak terlewat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Tahun baru 2010.Oleh kerana kesibukkan kerja dan kesibukkan meyiapkan album-album clients dan keasyikkan melayan laman sosial MUKABUKU,  maka blog aku ini terbiar sepi. Insya Allah pada tahun 2010 ini, aku akan cuba  kerap mengkemaskini akan hasil kerja aku yang terbaru.Berbalik dengan tittle di atas. Alhamdulillah ,akhirnya dapat juga aku bertemu dengan pengkarya foto yang hebat dari Indonesia iaitu Mas Agah Permadi.. Worksyop Agah Permadi in Malaysia anjuran Malaysia Academy of Photography Arts bertempat di FRIM Kepong selama 2 hari pada 11 &12 Jan 2010 adalah sesuatu yang amat besar maknanya bagi diri aku yang masih dahagakan ilmu-ilmu fotografi. Kepada Mas Agah Permadi terima kasih yang tidak terhingga kerana anda adalah seorang yang amat hebat,begitu merendah diri dan sentiasa bersedia serta berusaha memberikan jawapan-jawapan terbaik  dalam menjawab soalan-soalan yg  ditujukan  kepada anda semasa worksyop tempoh hari.

Foto di bawah ini adalah foto original yang belum di editasi dari Agah Permadi. Di mana kita semua boleh lihat akan   Ray of Light yang benar-benar original. Foto ini digunakan oleh Agah Permadi sebagai latih tubi semasa worksyop tempohari. Jika kita  lihat pada gambar original yang dikapturasi oleh Agah Permadi , ianya begitu bagus sekali. Lengkap segala-galanya,dengan pencahayaannya,komposisi dan juga penceritaan yang amat menarik.sam2

Setelah mendapat tunjuk ajar dan tips yang amat berguna sekali dari Agah Permadi maka aku  cuba melakukan proses editasi bagi menaikkan mood gambar di atas. Prosesnya ternyata begitu mudah sekali , maka terhasil seperti mana foto di bawah .

sam3

Pada hari kedua,sesi outing dijalankan seawal pagi  bagi memastikan Ray Of Lights dapat di kapturasi. Oleh kerana kabus agak kurang maka kabus tiruan dilepaskan dengan menggunakan sejenis alat.Kelemahan kabus tiruan ini  adalah serakannya tidak sekata apabila ditiup dan sering berkumpul setempat seperti mana yg boleh dilihat pada gambar di bawah. Ternyata untuk mengkapturasi  foto yg mempunyai Ray of lights bukanlah sesuatu yg mudah dan boleh dipandang enteng,banyak faktor yg perlu diambil kira.Antara puluhan foto yg dikapturasi,cuma foto di bawah sahaja  yg kira agak baik ,yg lainnya semuanya sampah.

sam

Popularity: 33% [?]

Popularity: 43% [?]

Update sekeping…Gambar dikapturasi semasa join Ayarq Oren model photshoot di BUTIK BONDA KULIM.

Popularity: 40% [?]

Commercial Break

July 30, 2009

Asyik layan gambar jer…apakata layan iklan lak…Doodle Heart By Jc Penny

<

Popularity: 18% [?]

Alhamdulillah..akhir dapat juga aku serta rakan2(Nasir zin,Saupix,Fani,And)  ketemu dengan Wazari Wazir pada sabtu yang lepas.Walaupun untuk masa singkat,perjumpaan yang bertempat di Starbuck Midvalley Megamall telah memberi sejuta pengisian  informasi yang amat berguna.Sememangnya aku amat meminati hasil2 editasi foto dari beliau.Pernah berkali2 aku cuba  membuat editasi seperti  mana yang dihasilkan oleh beliau…tetapi hasilnya amat kurang memberansangkan.Setelah bertemu ,berdepan,berbincang dan mendapat tunjuk ajar,tip,informasi dari beliau..barulah aku faham.mengerti dan jelas bagaimanakah cara2 beliau menghasilkan  editasi2 yang mantap lagi mempersonakan.Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Wazari di atas semua itu.Insya Allah,segala yang ilmu yang diperolehi akan dipergunakan sebaik2nya.Bukan untuk menjadi Wazari no.2 kerana Wazari adalah Wazari dan biarlah dalam dunia ini cuma ada seorang saja Wazari.Seperti  mana juga..aku pernah mengikuti Bengkel Fotografik Kukubesi suatu ketika dulu.Bukan utk menjadi KB…tetapi apa yang aku perolehi itu adalah untuk mempertingkatkan serta memantapkan lagi ilmu editasi aku dan membina identiti aku sendiri di dalam dunia fotografi ini.
Suka aku nak berpesan2 kepada mereka yang baru hendak berjinak2 dengan editasi2 foto dan fotografik ini, sepertimana yang telah disampaikan kepada aku oleh  sifoo Wazari,sifoo KB dan seorang lagi rakan seperjuangan aku Punk5Hitam …..Sebelum membuat editasi ke atas foto ,kena faham dulu sifat2  tools yang ada di dalam photoshop,jangan hafal nilai2 brightness,level,curve atau sebagaimananya..seperti yang diberikan semasa anda mengikuti sesuatu bengkel editasi.Ini adalah kerana semasa bengkel atau kelas,anda menggunakan foto yang disediakan…tetapi apabila anda melakukan foto editasi sendirian , anda menggunakan foto yang dihasilkan dari kamera anda sendiri. Cuba berekesperimentasi dgn apa yang dipelajari dan kena pastikan foto yang anda hendak editasi atau berfotografik  itu adakah bersesuaian dgn sesuatu teknik. Ini adalah kerana peranan sesuatu foto itu juga penting dalam setiap foto editasi. Kena sentiasa mencuba,selalu membuat latihan dan secara peribadinya aku berpendapat jangan terlalu terikat sangat kepada apa yang dipelajari.Jadikan apa yang diperolehi semasa kelas atau bengkel itu sebagai satu kunci utk memulakan sesuatu foto editasi. Begitu juga dengan kefahaman tentang ilmu fotografi dan kemahiran mengawal eksposure kamera juga perlu dititikberatkan.Akhirnya sekali ….yang adalah amat penting,semasa hendak melakukan foto editasi atau berfotografik….apabila anda mengkapturasi sesuatu gambar,anda sudah fikirkan atau rancangkan akan apa editasi/fotografik yg hendak dilakukan ke atas gambar tersebut.  Akhir sekali…Feel & Soul dalam jiwa anda juga memainkan peranan penting semasa hendak melakukan proses editasi dan fotografik ke atas sesuatu foto.

Popularity: 23% [?]

Roslee & Rusila

July 20, 2009

Entry kali ini adalah sinambungan dari SINI .Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih yg tak terhingga kepada Roslee & Rusila  di atas kerjasama anda berdua  semasa sesi kapturasi majlis2 anda tempoh hari dan Selamat Berbahagia Buat Selama-lamanya.

Versi SlideShow akan menyusul kemudian.

*Juga ucapan terima kasih dan kredit kepada mereka2 yang mengTAG aku dari majlis akad nikah hingga majlis resepsi.( Nasir Zin,Endmaya,And,Saupix,SisHoney)

Popularity: 15% [?]

Apple Oh Apple

July 13, 2009

Berlokasi di Studio Pictureexpert yang baru sebulan dibuka dan dimiliki oleh Nasir Zin ,satu percubaan studio shoot dengan menggunakan 2 X SB800 dan 1 X SB600.Ketiga2 speedlite diletakkan di manfrotto dan ditrigger oleh Phottix RX  & TX.Stador,Saupix dan Diana  singgah melawat Studio Pictureexpert di Kelang Lama,Kulim.Mereka2 ini dan tuan punya studio telah menjadi mangsa kamera aku.Masih banyak kekurangan dan masih banyak yg perlu diperlajari mengenai setting lighting utk studio shoot nie.

Edisi slideshow yang telah dibuat oleh Saupix dgn menggunakan Applenya…

Popularity: 15% [?]

Visitor