Welcome to the DeeLaPeNa PhotoBlog . They say a "picture is worth a thousand words", well, I
think each individual sees different words in every picture. I hope you can find something that
speaks to you personally, as you look through my PhotoBlog.
Enjoy and Thank-You , DeeLaPena.
Kredit & Terima Kasih Kepada PhotoG2 Utara yang hebat ,mereka adalah Nasir Zin, Hamizan Husin dan Ayarq Oren yang turut serta bersama-sama dalam menjayakan sesi fotografi ini
Firman Allah S.W.T ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
” Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa..”
RASULULLAH S.A.W telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.”
Dikesempatan ini DeeLaPena Photography memohon keampunan dan kemaafan yang tidak terhingga di atas ketelanjuran kata-kata mahupun perbuatan yang secara sedar ataupun tidak sedar , kepada semua yang telah lama mengenali atau baru mengenali insan yang bernama DeeLaPena, yang mana ianya telah mengguris,menyinggung hati dan perasaan anda semua .
Kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan kepada semua umat islam ,selamat menjalani ibadah puasa .Semoga ibadah kita semua mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.
Majlis berlangsung pada 25 JULAI 09 malam dengan begitu meriah dan ringkas sekali..Kami ( Nasirzin, Andalas , Saupix & Fani) telah dijemput oleh ManGGo ToucH iaitu Official PhotoG bagi memeriahkan lagi sesi kaputrasi kedua mempelai EMI HASNIZA & AZHARUL.