About
February 15, 2009Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahalu, jutaan terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi bertandang dan bertamu seketika di Photoblog ini. Selamat Datang ke dunia fotografi saya.Mulai hari ini 07 Ogos 2009 http://blog.deelapena.com merupakan Photoblog rasmi untuk DeeLaPeNa Photography.Juga mulai hari ini , http://blog.deelapena.com akan menyajikan paparan untuk santapan mata dari hasil kerja terbaik fotografi dan fotografik saya untuk tatapan semua dan terutamanya pelanggan-pelanggan yang pernah dan akan atau ingin mendapatkan perkhidmatan fotografi saya.
Anda boleh melayari http://cherita.deelapena.com di mana ianya lebih kepada merupakan journal kerja,perjalanan hidup dan apa yang menginspirasi saya dalam dunia fotografi.
Dan apalah kiranya , anda sudi memberi komen di atas postings yang saya paparkan di photoblog ini.Saya sedia menerima apa saja komen yang anda berikan.Semoga dengan komen-komen dari anda dapat mempertingkatkan lagi hasil kerja-kerja saya melalui lensa.
Dan sekiranya anda berminat untuk mendapat khidmat fotografi saya, sila hubungi saya samada dengan sms,telefon,email atau YM. Saya akan sentiasa bersedia untuk anda. Terus-terang saya katakan , saya bukanlah yang terbaik tetapi saya sentiasa berusaha membuat yang terbaik . Ini bagi memastikan memori-memori manis dan bersejarah anda yang saya terjemahkan di atas kanvas digital atau di sebuah album mahupun di atas sekeping kertas, akan sentiasa hidup . Semoga ianya mampu menjadi satu kenangan abadi yang tidak terpadam buat selamanya.
Terima Kasih.
Popularity: 19% [?]










