Archive for the ‘Notice’ Category

Salam Ramadhan-Satu Harapan

August 21, 2009

Firman Allah S.W.T  ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa..”

RASULULLAH S.A.W telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.

Dikesempatan ini DeeLaPena Photography memohon keampunan dan kemaafan yang tidak terhingga di atas ketelanjuran kata-kata mahupun perbuatan yang secara sedar ataupun  tidak sedar , kepada semua yang telah lama mengenali atau baru mengenali insan yang  bernama DeeLaPena, yang mana ianya telah mengguris,menyinggung hati dan perasaan anda semua .

Kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan kepada semua umat islam ,selamat menjalani ibadah puasa .Semoga ibadah kita semua  mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

Popularity: 20% [?]

Majlis berlangsung pada 25 JULAI 09 malam dengan begitu meriah dan ringkas sekali..Kami ( Nasirzin, Andalas , Saupix & Fani) telah dijemput oleh  ManGGo ToucH iaitu Official PhotoG bagi memeriahkan lagi sesi kaputrasi kedua mempelai  EMI  HASNIZA & AZHARUL .

Popularity: 24% [?]

Apple Oh Apple

July 13, 2009

Berlokasi di Studio Pictureexpert yang baru sebulan dibuka dan dimiliki oleh Nasir Zin ,satu percubaan studio shoot dengan menggunakan 2 X SB800 dan 1 X SB600.Ketiga2 speedlite diletakkan di manfrotto dan ditrigger oleh Phottix RX  & TX.Stador,Saupix dan Diana  singgah melawat Studio Pictureexpert di Kelang Lama,Kulim.Mereka2 ini dan tuan punya studio telah menjadi mangsa kamera aku.Masih banyak kekurangan dan masih banyak yg perlu diperlajari mengenai setting lighting utk studio shoot nie.

Edisi slideshow yang telah dibuat oleh Saupix dgn menggunakan Applenya…

Popularity: 15% [?]

RESETUP

February 15, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Atas sebab-sebab technical error,kerana terdapat beberapa php file corrupt maka blog ini terpaksa di setup semula.Kesilapan tidak membuat backup database telah mengundang padah,berbagai troubleshooting yang dilakukan namun pemulihan blog ini masih tidak berjaya.Dengan perasaan yang penuh kecewa..saya terpaksa melakukan proses semula.Semoga tetamu-tetamu tetap setia berkunjung serta bertamu di DeeLaPena Photoblog yang tidak seberapa ini.

Popularity: 6% [?]

Visitor